Alkisah TUMPI & resepinya
|
Resepi ini mengingatkan aku pada zaman anak-anak dulu.Time hidup susah resepi ini adalah antara menu yang sentiasa terhidang dan dimasak oleh ibu terutama sekali sebagai sarapan pagi.Kadang-kadang seperti hari-hari dihidangkan..tapi yang bestnya tak pernah jemu sebagai santapan.Sekarang ni pelbagai variasi telah diolah kedalam resepi ini, tapi saya lebih suka yang ORI seperti yang ibu kita buat dulu-dulu.Pelbagai nama juga diberi.Ada yang panggil LEMPENG,PANKEK dan pelbagai lagi.Sesetengah negeri di Semenanjung ada yang panggil PEK NGA.Tapi kami di Sabah namakan resepi ni 'TUMPI'
Bahan-bahannya :-
3 cawan tepung gandum 1 cawan kelapa parut -( kalau tak bubuh pn boleh) 4-5 sudu makan gula - kemanisan ikut suka 1-2 sudu makan minyak masak - (dulu2 tiada marjerin/butter ok) 1 sudu teh garam Air untuk membancuh - secukupnya
Cara-cara :- Gaul semua bahan kedalam satu bekas hingga sebati.Jangan terlalu pekat atau terlalu cair.Kira-kira kita angkat di sudu dan jatuhnya elok je ok la tu.Sediakan kuali leper,kemudian letakkan minyak sedikit2 secara membulat mengelilinggi kuali tersebut.Ambil sesenduk besar adunan dan letakkan ketengah-tengah kuali kemudian ratakan secara membulat supaya TUMPI tu nipis seperti dalam gambar.Guna api sederhana kecil.Ulang hingga habis adunan. SELAMAT MENCUBA!! |