The Owner I'm a wife to my husband, a mother to my beloved children, a daughter to my parents and a servant to ALLAH S.W.T. I just LOVE to COOKING <3 Sembang-sembang Thanks
| KAKI AYAM MASAK KICAP KACANG PEAS Sebagai mukaddimah mungkin banyak yang tak berapa suka dengan kaki ayam ni.Mungkin disebabkan 'kedudukan'nya tu.Jangan pandang kedudukan tapi pandang ketinggian khasiatnya terhadap kesihatan. Pernah terbaca dalam sebuah page petua melayu bahawa makan kaki ayam salah satu dari petua awet muda.Tu yang mahal tu.Lagi satu sesiapa yang mengalami sakit-sakit lutut boleh mengamalkan memakan kaki ayam ni.Buat sup pun sedap... Bahan-bahan:- 10 pasang kaki ayam - pilih yang cantik & tak cela 1 tin kecil kacang peas 3 sudu makan kicap pekat 2 sudu makan kicap manis 1 sudu makan sos tiram Sedikit rempah 4 rasa 1 sudu makan gula 1 batang serai *2 biji bawang merah *2 ulas bawang putih *1cm halia Bawang besar - potong bulat Garam,serbuk perasa dan minyak untuk menumis Cara-cara : Potong jari-jari kaki ayam.Bersihkan.Tumbuk bahan * hingga hancur.Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bahan tumis (*) dan serai.Goreng hingga kekuningan barulah masukkan rempah 4 rasa.Jangan lama terus masukkan kaki ayam yang telah dipotong tadi.Masukkan kicap pekat,kicap manis,sos tiram,gula,serbuk perasa dan garam.Ingat garam jgn terlalu banyak sebab kicap tadi dah masin. Tambah sedikit air dan didihkan sehingga kaki ayam tadi masak.Akhir sekali baru masukkan kacang peas tadi bersama bawang besar yang telah dipotong membulat.Matikan api dan angkat. |