Enjoy

//tentang aku yang suka masak-masak !
The Owner

akak Zai



Diaries Owner Linkies

I'm a wife to my husband, a mother to my beloved children, a daughter to my parents and a servant to ALLAH S.W.T. I just LOVE to COOKING <3


Sembang-sembang



Thanks

Kerana sudi singgah ke blog akak.:)



KARI TULANG

Bahan-bahan :-
1 kilo tulang
3 sudu makan serbuk kari - saya guna jenama baba's
1 sudu makan cili giling
*3 biji bawang merah
*3 ulas bawang putih
*1cm halia/lengkuas
2 tangkai serai
Rempah 4 rasa
Ubi kentang
Santan
Minyak
Asam jawa/asam keping
Sedikit gula
Garam & serbuk perasa
Cara-cara :
~Panaskan minyak dalam kuali.Tumis bahan* yg ditumbuk lumat masukkan sekali serai
~Setelah agak kekuningan barulah masukkan rempah kari yg telah dibancuh dengan sedikit air bersama cili
  giling.Tumis hingga naik bau dan pecah minyak.Masukkan rempah 4 rasa
~Selepas itu barulah masukkan tulang-tulang kedalam kuali dan gaul sebati.
~Oleh kerana memasak tulang ni ambil masa yg lama,didihkan saja dulu dengan menambah air biasa
~Perasakan kari dengan garam,serbuk perasa,sedikit gula & asam jawa/asam keping
~Setelah daging sedikit lembut masukkan ubi kentang.Didihkan sebentar hingga kentang sedikit lembut
  barulah masukkan santan pekat.Besarkan api dan didihkan lagi.
~Setelah kuah agak pekat,sesuaikan rasa dgn tambah perasa ikut citarasa masing-masing.