This is me!
 Simple about aKaK
Simple about aKaK
 Nama Penuh: Zaiton Adanan
 Nama Panggilan: Panggil akak Zai je.. :)
 Umur: Kiralah sendiri.. =_="
 Tarikh Lahir: 08/Disember/1967
 Bangsa: Kalau ikut IC, akak ni bisaya, tapi yang sebenarnya BRUNEI..
 Negeri: Sabah
 Kesukaan: Bab masak-memasak
KETAM MASAK KARI
|  | 
| Bahan-bahan : 1 kilo ketam suri - bersihkan dan potong dua
 2 sudu makan serbuk kari - saya guna jenama baba's
 1 sudu makan pes lada kering yang telah diblend
 *1 biji bawang merah
 *2 ulas bawang putih
 *1cm halia       - semua bahan * ditumbuk tp tak perlu lumat sangat
 1 batang serai - titik
 Bawang besar - potong- potong
 Garam
 Serbuk perasa
 Secubit gula
 Asam jawa
 Minyak
 
 Cara-cara :-
 Panaskan minyak dalam kuali anggaran 2-3 sudu makan.Masukkan bahan *.Setelah agak kekuningan masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air bersama pes  lada kering tadi dan serai. Goreng hingga pecah minyak barulah masukkan ketam yang telah dipotong tadi.Gaul hingga rata dan tambah sedikit air untuk kuahnya.Masukkan garam,serbuk perasa,gula dan asam jawa .Biarkan mendidih seketika barulah masukkan bawang besar .Setelah masak angkat dan hidangkan.
 
 |