Enjoy

//tentang aku yang suka masak-masak !
The Owner

akak Zai



Diaries Owner Linkies

I'm a wife to my husband, a mother to my beloved children, a daughter to my parents and a servant to ALLAH S.W.T. I just LOVE to COOKING <3


Sembang-sembang



Thanks

Kerana sudi singgah ke blog akak.:)



Masak Lemak Pucuk Ubi

Bahan-bahan :-
1 ikat pucuk ubi kayu - ambil yg lembut kemudian rebus hingga mendidih/masak.
1 gelas santan pekat
Ikan masin/ikan bilis - kalau ikan masin rendam terlebih dahulu untuk mengurangkan
                                  masinnya.Kemudian goreng sekejap.
Lada padi - ikut suka
2 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
1/2 keping asam keping
sedikit serbuk kunyit
Garam & serbuk perasa
Minyak untuk menumis

Cara-cara :-
1. Panaskan minyak dalam kuali
2. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan
3. Masukkan pucuk ubi yang telah direbus.Gaul rata dan masukkan santan.
4. Api sedehana kecil,jangan biarkan santan pecah.
5. Masukkan ikan masin yang telah digoreng,serbuk perasa,garam dan serbuk kunyit.
6. Masukkan sekali lada padi dan 1/2 keping asam keping.
7. Masak hingga mendidih tapi pastikan sentiasa digaul dengan spatula supaya santan tak pecah.
8. Setelah masak matikan api dan angkat.
9. Tak ambil masa yang lama untuk masak kerana bahan-bahan telah sedia masak.