The Owner I'm a wife to my husband, a mother to my beloved children, a daughter to my parents and a servant to ALLAH S.W.T. I just LOVE to COOKING <3 Sembang-sembang Thanks
| MASAK TUMIS TUHAU Sebagai pengenalan sayur ni sejenis umbut dan rasanya hanya terdapat di kawasan sejuk seperti di Kundasang.Sayur ni saya beli ketika singgah di Kundasang sewaktu percutian tempohari.Bagi yang tak tahan baunya rasanya akan menolak sayur ini.kerana saya sendiri tak dapat menahan baunya seperti serangga 'KUSISANG' (kami panggil) walaupun 'berbau' secara jujurnya sayur ni memang sedap.Kegemaran hubby & c kembarku. Cara memasaknya sama seperti memasak sayur-sayur yang lain.Terlebih dahulu buang kulit bahagian luar tu dan ambil bahagian dalam yang lembut.Potong-potong ikut suka. Bahan-bahan : Tuhau -sudah siap dipotong Ikan bilis Bawang merah Bawang putih Lada padi Garam & serbuk perasa Cara-cara: Panaskan minyak dalam kuali kemudian tumis bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris nipis.Masukkan ikan bilis kering disertai dengan sayur tuhau yang telah dipotong tadi.Perasakan dengan garam dan serbuk perasa.Lenyekkan lada padi (kalau suka pedas) dan gaul mesra.Masak dan tutup api. |