The Owner I'm a wife to my husband, a mother to my beloved children, a daughter to my parents and a servant to ALLAH S.W.T. I just LOVE to COOKING <3 Sembang-sembang Thanks
| Alkisah Sinagol.. Pernah menetap selama 8 tahun di daerah Kudat memberi pengetahuan kepada saya resepi-resepi suku kaum di setiap daerah negeri Sabah ini.Menurut seorang kawan masakan ini dibuat khas untuk para nelayan yang hendak turun kelaut.Dimasak agak kering supaya tak cepat basi.Resepi ini dimakan bersama sejenis lagi makanan yang dipanggil 'PUTU' yg dibuat dari ubi kayu dari sumber karbohidrat.Sangat suka makan SINAGOL ni kerana ia boleh dipelbagaikan mengikut kesesuaian rasa sendiri.Sayangnya saya tak berapa pandai makan PUTU.Selain ikan yu, ikan pari juga sesuai dibuat sinagol.Kebanyakkan orang suka sinagol ikan pari...tapi proses dan cara masakannya sama. Bahan-bahan :- 1 kilo ikan pari - (agak-agak) 2 sudu makan serbuk kunyit Bawang merah,bawang putih,1/2 cm halia,2 tangkai serai - bahan tumis Asam jawa Garam dan serbuk perasa - ikut rasa lada padi - kalau suka pedas Daun kunyit - sehelai Cara-cara :- 1. Masak ikan yu/pari terlebih dahulu hingga masak 2. Toskan.Sejukkan seketika barulah dileraikan isinya.Buang kulit dan tulang 3. Panaskan minyak dalam kuali.Masukkan bahan tumis.Setelah kekuningan barulah masukkan serbuk kunyit yang telah dibancuh dengan air. 4. Setelah pecah minyak masukkan isi ikan yu/pari yang telah dileraikan tadi. 5. Perasakan dengan garam,serbuk perasa dan air asam jawa.Masukkan sekali daun kunyit yg disimpul. 6. Kalau suka boleh letak lada padi atau lada besar/hijau sebagai hiasan. 7. Masak sehingga tergaul sebati dan agak kering.Angkat. |