Enjoy

//tentang aku yang suka masak-masak !
The Owner

akak Zai



Diaries Owner Linkies

I'm a wife to my husband, a mother to my beloved children, a daughter to my parents and a servant to ALLAH S.W.T. I just LOVE to COOKING <3


Sembang-sembang



Thanks

Kerana sudi singgah ke blog akak.:)



PUDING ASSYURA


Kebetulan saya buat pada 'Hari Assyura'
Bahan-bahan :-
10gm agar-agar - plain
4 keping roti gardenia
1 tin susu cair
5 sudu makan gula
1/2 tin susu pekat
2 helai daun pandan/bole juga guna esen pandan
1 biji telur
1 sudu marjerin - kalau tak guna pun boleh
2 gelas air suam
2 gelas air paip
pewarna hijau
Kurma - buang biji dan hiris memanjang

Cara-cara:-
1.  Masak agar-agar bersama 2 gelas air paip,gula & simpul daun pandan dan masukkan kedalam agar-agar
2.  Blend roti bersama 2 gelas air suam hingga halus kemudian masukkan kedalam periuk agar-agar
3.  Masukkan sekali susu cair,susu pekat dan esen pandan (klu tiada daun pandan)
4.  Akhir sekali masukkan telur yang telah dipukul
5.  Masak agar-agar sehingga mendidih
6.  Basahkan acuan kemudian susun potongan kurma tadi didalam acuan
7.  Tuang lapisan plain.Bekukan sekejap barulah tuang lapisan kedua kaler hijau
8.  Sejukkan sekejap sebelum dimasukkan kedalam peti sejuk