Enjoy

//tentang aku yang suka masak-masak !
The Owner

akak Zai



Diaries Owner Linkies

I'm a wife to my husband, a mother to my beloved children, a daughter to my parents and a servant to ALLAH S.W.T. I just LOVE to COOKING <3


Sembang-sembang



Thanks

Kerana sudi singgah ke blog akak.:)



REBUNG MASAK LEMAK PUCUK UBI

Bahan-bahan:
2 batang rebung manis - potong2 atau cincang kecil kemudian rebus hingga lembut
1 ikat pucuk ubi - ambil bahagian pucuk sahaja(yg lembut)
2 ekor ikan masin - cuci,potong dan goreng seketika
1-2 gelas santan - ikut suka
Garam,serbuk perasa & secubit gula
1 keping asam keping
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
*1 biji bawang merah
*2 ulas bawang putih - (Bahan* ditumbuk)

Cara-cara::
Panaskan sedikit minyak dalam kuali kemudian tumis bahan tumbuk hingga naik bau kemudian masukkan rebung dan pucuk ubi yang sudah direbus tadi.Tuangkan santan dan kecilkan api.Masukkan ikan masin,asam keping serbuk kunyit dan semua bahan perasa.Pastikan sentiasa digaul supaya santan tak pecah.Kalau suka pedas boleh tambah lada padi dan tumbuk bersama bahan tumbuk di atas.Setelah mendidih matikan api dan sedia dihidangkan