Enjoy

//tentang aku yang suka masak-masak !
The Owner

akak Zai



Diaries Owner Linkies

I'm a wife to my husband, a mother to my beloved children, a daughter to my parents and a servant to ALLAH S.W.T. I just LOVE to COOKING <3


Sembang-sembang



Thanks

Kerana sudi singgah ke blog akak.:)



RENDANG GORENG BEREMPAH


Bahan-bahan :-
1 ekor ayam sederhana kecil - potong kecil- kecil (bersihkan)
1 sudu  setiap rempah ketumbar,jintan manis,jintan putih  &  rempah kurma ( tumbuk hingga lumat)- bole jg gunakan yg serbuk + 2 sudu cili giling
1/2 cawan kerisik
4 biji bawang merah & putih,halia,lengkuas dan serai - blend
2-3 gelas santan
1 helai daun kunyit
Lada besar - hiasan
Garam,serbuk perasa & sedikit gula
1 keping asam keping
Minyak
Cara-cara memasak :-
Terlebih dahulu goreng sekejap potongan ayam yg sudah digaul dengan sedikit garam & serbuk kunyit (tak perlu garing)
Selesai menggoreng kurangkan minyak dalam kuali tadi dan masukkan bahan2 yang diblend tadi.Goreng hingga naik bau dan masukkan cili giling serta bahan rempah tadi.Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul hingga sebati.Masukkan santan.Perasakan dgn garam,gula dan serbuk perasa.Tambah santan@air jika kering.
Setelah ayam agak-agak dah masak,carik2kan daun kunyit dan masukkan kedalam rendang tadi bersama lada besar yg dipotong-potong memanjang.Akhir sekali masukkan kerisik tadi.Gaul mesra hingga sebati.Masak dan matikan api.