Enjoy

//tentang aku yang suka masak-masak !
The Owner

akak Zai



Diaries Owner Linkies

I'm a wife to my husband, a mother to my beloved children, a daughter to my parents and a servant to ALLAH S.W.T. I just LOVE to COOKING <3


Sembang-sembang



Thanks

Kerana sudi singgah ke blog akak.:)



Resepi Puding Lobak Merah

Anak-anak tak suka makan sayur.Salah satu cara saya supaya anak-anak dapat khasiat dari sayur ni ialah dengan membuatnya sebagai puding.Alhamdulillah anak-anak suka.

Bahan-bahan:-
1 cawan lobak merah yang diparut nipis
7 gm agar-agar serbuk
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat
1-2 sudu makan gula -kalau kemanisan susu sudah cukup tak payah campur
3 gelas air
sedikit esen vanila
secubit garam

Cara-cara :-
1. Masukkan air kedalam periuk dan masukkan agar-agar serbuk.
2. Masukkan lobak merah yang diparut.
3. Masukkan sekali susu cair,susu pekat,gula,garam & esen vanila.
4. Guna api sedehana kecil.Biarkan sehingga lobak agak lembut.Setelah lembut biarkan hingga mendidih.
5. Matikan api dan tuang adunan kedalam acuan.
6. Bekukan sedikit dan simpan dalam peti sejuk.Potong-potong dan hidangkan.
       'SELAMAT MENCUBA'