The Owner I'm a wife to my husband, a mother to my beloved children, a daughter to my parents and a servant to ALLAH S.W.T. I just LOVE to COOKING <3 Sembang-sembang Thanks
| Resepi Puding Merak Puding roti pertama yang saya buat beberapa tahun yang lalu.Resepi saya perolehi dari rakan facebook.Dari yang pertama inilah kegilaan saya membuat puding menjadi-jadi.Bukan apa..membuat puding/agar-agar ni sesuatu yang mudah,ringkas dan tak ambil masa yang banyak.Apalagi kalau kita seorang yang sibuk.Sangat sesuai dihidangkan semasa cuaca panas atau sebagai pencuci mulut. PUDING ROTI MERAK :- Bahan-bahan 7 gm agar-agar serbuk -plain 6 keping roti gardenia/sandwich 1 tin susu cair 4 sudu makan susu pekat 3 sudu makan gula - kurang/lebihkan ikut suka 3 gelas air Sedikit garam Sedikit esen vanila Pewarna hijau & merah Cara-cara 1. Blend roti sandwich yang dicarik-carik bersama susu cair dan 1 gelas air 2. Agar-agar dimasak dengan lebihan air 2 gelas dan masukkan adunan yang diblend tadi kedalam agar-agar yang sedang dimasak. 3. Masukkan sekali susu pekat,gula,garam & esen vanila..Masak hingga mendidih. 4. Ambil 2 cawan adunan secara berasingan.1 cawan diwarnakan hijau & 1 cawan lagi warnakan merah. 5. Tuang secara terus adunan yang diwarnakan kedalam adunan plain tadi.Habiskan 1 cawan dulu baru tuang cawan yang 1 lagi.Tak perlu ikut aturan.Akan terbentuk dengan sendirinya. 6. Biarkan sedikit beku baru lah masukkan kedalam peti sejuk.Sedap dimakan sejuk-sejuk. |