The Owner I'm a wife to my husband, a mother to my beloved children, a daughter to my parents and a servant to ALLAH S.W.T. I just LOVE to COOKING <3 Sembang-sembang Thanks
| SOTO AYAM Bahan-bahan :- 1 ekor ayam - bersihkan & belah 2 1 bungkus mee hoon - celur *Timun - hiris memanjang *Daun saderi *Lada padi *Limau kesturi *Bawang goreng ----> * bahan hiasan Bahan untuk sup: ketumbar,jintan manis,jintan putih,buah pelaga,kulit kayu manis,bunga lawang & cengkih (semua bahan ini digoreng sekejap saja dgn sedikit minyak)tumbuk. Serai,halia/lengkuas Garam & serbuk perasa Cara-cara:- 1. Masukkan ayam yang sudah dibelah 2 tadi kedalam periuk bersama air hingga penuh. 2. Masukkan halia/lengkuas,serai 3 Didihkan dan masukkan serbuk perasa,garam dan bahan rempah untuk sup tadi. 4. Kalau rajin rempah sup tadi dibungkus dengan kain jarang buat spt bunjut.Tp bole jg masukkan begitu saja kedalam periuk sup tadi.Klu lg x rajin beli je sup bunjut. 5. Setelah daging ayam agak lembut,angkat dan toskan 6. Sediakan kuali dgn minyak terendam untuk menggoreng ayam tadi.Goreng sekejap je..klu x goreng pn bole.. 7. Asingkan isi ayam dr tulangnya.Isi ayam dicarik-carik atau potong dadu 8. Tulang ayam yg sudah diasingkan tadi masukkan kembali kedalam periuk sup tadi.Sup akan lebih sedap. 9. Dalam mangkuk,masukkan meehoon tabur potongan ayam,daun sup,timun dan bawang goreng 10.Tuang sup ayam yg masih panas kedalam mangkuk mee tadi.Klu suka perah limau dan tambah dengan lada padi bersama sedikit kicap pekat...PERGHHH! |