Enjoy

//tentang aku yang suka masak-masak !
The Owner

akak Zai



Diaries Owner Linkies

I'm a wife to my husband, a mother to my beloved children, a daughter to my parents and a servant to ALLAH S.W.T. I just LOVE to COOKING <3


Sembang-sembang



Thanks

Kerana sudi singgah ke blog akak.:)



SUP KUNYIT IKAN PUTIH

Bahan-bahan :
5 potong ikan putih
*1 biji bawang merah
*2 ulas bawang putih
*cm halia - bahan tumbuk
1 batang serai
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 keping asam keping
2 biji tomato - potong 4 memanjang
Daun ketumbar
Garam,serbuk perasa & sedikit gula

Cara-cara :-
Panaskan sedikit minyak dalam kuali.Tumis Bahan-bahan tumbuk hingga kekuningan.Masukkan sekali serbuk kunyit dan serai..Selepas itu masukkan 2 gelas air dan potongan ikan tadi.Masukkan asam keping dan perisakan dengan garam,serbuk perasa dan sedikit gula untuk meimbangkan rasa.Biarkan mendidih.Setelah hampir masak masukkan tomato dan daun ketumbar.Matikan api.Siap untuk dihidang.