The Owner I'm a wife to my husband, a mother to my beloved children, a daughter to my parents and a servant to ALLAH S.W.T. I just LOVE to COOKING <3 Sembang-sembang Thanks
| KEK MILO Bahan-bahan 125gm butter 1 cawan tepung gandum 1/2 cawan tepung naik sendiri - saya guna tepung blue key 3 biji telur - asingkan kuning dan putihnya 2 pack milo/ 1/2 cawan milo 100gm gula kastor Cara-cara; 1. Pukul butter dan gula hingga kembang dan masukkan kuning telur satu persatu.Pukul lagi. 2. Masukkan kedua-dua jenis tepung yang sudah diayak tadi dan gaul dengan spatula. 3. Masukkan putih telur yang dipukul dengan whisk sehingga menjadi krim.Gaul dan akhir sekali masukkan serbuk milo.Gaul hingga mesra. 4. Lensarkan loyang dengan mentega dan tepung. 5. Tuang adunan kedalam loyang dan masukkan kedalam oven yang sudah dipanaskan terlebih dahulu. 6. Bakar dengan suhu 170 darjah c selama 40 minit atau sehingga masak.Cucuk guna lidi.Sekiranya tak melekat di lidi bererti kek sudah masak. 7. Hias atas kek dengan taburan gula aising dan gula pasir yang diwarnakan kuning.SELAMAT MENCUBA. |