Enjoy

//tentang aku yang suka masak-masak !
The Owner

akak Zai



Diaries Owner Linkies

I'm a wife to my husband, a mother to my beloved children, a daughter to my parents and a servant to ALLAH S.W.T. I just LOVE to COOKING <3


Sembang-sembang



Thanks

Kerana sudi singgah ke blog akak.:)



PULUT PANGGANG & KARI DAGING KOBOI

Bahan-bahan (Pulut Panggang)
1/2 kilo beras pulut
Santan - secukupnya untuk menanak pulut
Sedikit garam
 ~Tanak pulut bersama santan (seperti memasak nasi).Campur sekali garam
 ~ Setelah pulut masak masukkan kedalam daun pisang dan bentukkan bulat memanjang.
 ~ Guna 2 lapisan daun,kemaskan dan kelim hujung daun dengan lidi
 ~Bakar/layur/panggang pulut diatas api kecil

Bahan-bahan (Kari Daging Koboi)
1/2 kilo daging
2 sudu makan serbuk kari + 1/2 sudu serbuk kunyit
*2 biji bawang merah
*2 ulas bawang putih
*2in halia *tumbuk
2 tangkai serai - titik
Rempah 4 sekawan
1-2 keping asam keping
Cara-cara:
~Gaulkan rempah kari dan kunyit bersama daging..biarkan.
~Panaskan minyak dalam kuali kemudian tumis bahan *tumbuk hingga naik bau.
~Masukkan daging yang diperap tadi dan goreng dalam 10 minit.Sentiasa digaul
~Selepas itu barulah masukkan air,asam keping,garam,serbuk perasa dan sedikit gula
~Masak sehingga daging lembut.Boleh tambah daun kari kalau suka.