Enjoy

//tentang aku yang suka masak-masak !
The Owner

akak Zai



Diaries Owner Linkies

I'm a wife to my husband, a mother to my beloved children, a daughter to my parents and a servant to ALLAH S.W.T. I just LOVE to COOKING <3


Sembang-sembang



Thanks

Kerana sudi singgah ke blog akak.:)



SUP TULANG

,Bahan-bahan:
1 kilo tulang lembu
2 biji sup bunjut - yang sudah sedia
Rempah 4 sekawan
3in halia
3in lengkuas
3 batang serai
Garam
Daun sup/saderi
Bawang goreng
Garam & serbuk perasa
Cara-cara:
~Cuci bersih tulang kemudian masukkan kedalam periuk bersama air yang penuh.Masukkan halia.lengkuas dan serai.
~Masak sehingga isi daging di tulang tersebut lembut kemudian barulah masukkan sup bunjut,garam dan serbuk perasa.
~Oleh kerana memasak sup tulang ini memakan masa yang lama sentiasa pastikan air ditambah.selalu.
~Apabila hendak menghidang taburkan daun sup/saderi dan bawang goreng.
~Boleh perahkan air limau kesturi dan tambah lada padi untuk yang suka pedas...perghh!
~Sup ini juga boleh dibuatkan soto daging dengan hanya menambah meehoon yang dicelur +hirisan timun +tauhu kering.(apa saja mengikut citarasa masing-masing)