Enjoy

//tentang aku yang suka masak-masak !
The Owner

akak Zai



Diaries Owner Linkies

I'm a wife to my husband, a mother to my beloved children, a daughter to my parents and a servant to ALLAH S.W.T. I just LOVE to COOKING <3


Sembang-sembang



Thanks

Kerana sudi singgah ke blog akak.:)



KEK OREN BERKRIM


Bahan (utk kek):
7 biji telur
1 biji oren - perah airnya dan kikis sedikit kulitnya
240 gm gula
150 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
30 gm marjerin - cairkan
Cara:
1. Pukul telur dan gula hingga kembang.
2. Tepung gandum dan tepung jagung diayak dan masukkan kedalam telur & gula td.
3. Kacau guna spatula.
4. Masukkan marjerin,perahan oren dan kulit limau tadi.Gaul rata.
5, Masukkan kedalam acuan yg dilapik kertas minyak dan bakar dengan suhu 180 darjah C selama 45 minit atau sehingga masak.

Bahan (utk krim oren):
5 biji telur
2 biji oren - kikis kulit dan perah jusnya
80 gm gula
10 gm agar-agar
200 gm susu cair
Cara:
***masak semua bahan di atas dalam periuk hingga sebati dan pekat.Tuang keatas kek tadi dan biarkan sejuk.