This is me!
Simple about aKaK
Nama Penuh: Zaiton Adanan
Nama Panggilan: Panggil akak Zai je.. :)
Umur: Kiralah sendiri.. =_="
Tarikh Lahir: 08/Disember/1967
Bangsa: Kalau ikut IC, akak ni bisaya, tapi yang sebenarnya BRUNEI..
Negeri: Sabah
Kesukaan: Bab masak-memasak
SAMBAL SATE/KACANG
|
Lain orang lain caranya untuk menyediakan sambal kacang nie.Yang ni cara yang selalu saya buat apabila tiba hari raya atau ada tetamu.
Bahan-bahan:
1/2 kilo kacang tanah
2 sudu makan serbuk kari
1-2 sudu makan cili giling
3 sudu besar gula - boleh tambah ikut kesesuaian rasa masing-masing
1 sudu makan asam jawa - boleh tambah@kurang
Garam secukupnya
*5 biji bawang merah
*4 ulas bawang putih
*4 batang serai
*Sedikit cekur - kalau tiada pn boleh - semua bahan yg bertanda * diblend dgn sedikit air hingga hancur
Cara membuatnya:
1. Goreng kacang tanah dalam kuali dan tuang 2 sudu makan minyak masak kedalamnya dan gaul sebati.Guna api sederhana.Mungkin ambil masa lama menggorengnya agar kacang benar-benar masak.Sejukkan dan buka kulit.
2. Blend semua kacang hingga lumat dan halus
3. Dalam bekas masukkan kacang yang diblend tadi kemudian campurkan air serta gula hingga sebati mengikut kepekatan yang kita kehendaki.
4. Dalam periuk panaskan minyak anggaran 1-2 cawan barulah masukkan bahan bertanda * yang diblend tadi.Goreng hingga kekuningan barulah masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan sedikit air bersama cili giling tadi.Masak hingga pecah minyak
5. Seterusnya masukkan kacang yang telah dibancuh tadi gaul dan perasakan dengan garam dan air asam jawa.Boleh tambah serbuk perasa jika suka.
6. Tambah air jika terlalu pekat begitu juga perasa yang lain.Pastikan sentiasa digaul takut sambal akan berkerak/hangus
7. Masak hingga mendidih dan biar seketika dalam 2-3 minit barulah matikan api
8.Saya selalu hidang sambal ni bersam nasi impit & sate.Untuk mee rojak pun sesuai...SELAMAT MENCUBA!! |