Enjoy

//tentang aku yang suka masak-masak !
The Owner

akak Zai



Diaries Owner Linkies

I'm a wife to my husband, a mother to my beloved children, a daughter to my parents and a servant to ALLAH S.W.T. I just LOVE to COOKING <3


Sembang-sembang



Thanks

Kerana sudi singgah ke blog akak.:)



PUDING ROTI BERSOS KASTARD



Bahan-bahan:
8 keping roti
* 500ml susu segar,santan atau susu cair
* 4 sudu makan gula
* 1/2 cawan susu pekat - kemanisan ikut citarasa
*2 sudu makan butter (cairkan)
*2 biji telur
* 1 sudu teh esen vanila
* 1 sudu makan tepung jagung
* 1 sk serbuk kulit kayu manis
3 sudu makan kismis

Cara-cara:
Carik-carik roti kemudian susun dalam loyang yang telah digris terlebih dahulu dengan butter.Susun rata.Dalam sebuah bekas campurkan semua bahan yang bertanda *.Gaul rata.Biarkan seketika dalam 15 minit supaya roti terendam sepenuhnya.Tabus kismis di atas adunan roti tadi dan bakar pada suhu 180 darjah C selama 30 minit.
Sejukkan sebelum dipotong.

SOS KASTARD
Bahan-bahan:
1 tin susu cair
1 1/2 sudu makan tepung kastard
2 sudu makan gula
2 sudu makan susu pekat - klu suka tp lebihkan gula

***Tuang semua bahan dalam periuk dan masak sehingga pekat.Sejukkan sebelum dituang di atas puding roti.