Enjoy

//tentang aku yang suka masak-masak !
The Owner

akak Zai



Diaries Owner Linkies

I'm a wife to my husband, a mother to my beloved children, a daughter to my parents and a servant to ALLAH S.W.T. I just LOVE to COOKING <3


Sembang-sembang



Thanks

Kerana sudi singgah ke blog akak.:)



AYAM GORENG MASAK HALIA

 Bahan-bahan:
1/2 ekor bahagian ayam - potong ikut suka
*3 biji bawang merah
*3 ulas bawang putih - bahan * ditumbuk
1 batang serai - titik
5 cm halia - hiris memanjang
1 tangkai bunga lawang klu suka
2 biji buah pelaga - klu suka
2 sudu makan sos toram
2 sudu makan cili giling
1 sk serbuk kunyit
Garam
1 sk gula
1 biji tomato - potong empat

Cara-cara:
1. Lumurkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit.Perap
2. Goreng ayam yang diperap tadi tapi tak perlulah terlalu garing
3. Ambil sedikit lebihan minyak menggoreng tadi kemudian panaskan dalam kuali.
4. Tumis bahan tumbuk berserta serai dan halia.Masukkan sekali bunga lawang dan buah pelaga.
5. Masukkan cili giling dan tumis hingga terbit minyak.
6. Masukkan sos tiram dan bahan perasa yg lain.
7.Tambah sedikit air dan masukkan ayam yang digoreng tadi.Gaul sebati.
8. Akhir sekali masukkan buah tomato. Besarkan api supaya kuah sedikit pekat.
9. Setelah masak matikan api dan hidangkan.