Enjoy

//tentang aku yang suka masak-masak !
The Owner

akak Zai



Diaries Owner Linkies

I'm a wife to my husband, a mother to my beloved children, a daughter to my parents and a servant to ALLAH S.W.T. I just LOVE to COOKING <3


Sembang-sembang



Thanks

Kerana sudi singgah ke blog akak.:)



IKAN MASAK NENAS

Bahan-bahan:
1 ekor ikan putih
3 sudu makan sos cili
3 sudu makan sos tomato
1 sudu makan cili giling
*2 biji bawang merah
*1 ulas bawang putih - bahan bertanda* ditumbuk
1 inci halia - hiris
3 potong nenas dalam tin - potong dadu
2 tangkai lada besar
1-2 sudu makan gula
1 biji bawang besar
Garam

Cara-cara:
1. Lumur ikan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.Perap sekejap
2. Gaul ikan dengan telur dan golekkan ikan tadi dengan tepung jagung kemudian goreng terendam.
3. Setelah masak..ketepikan.
4. Ambil sedikit lebihan minyak menggoreng tadi dan tumis bahan tumbuk berserta halia hiris.
5. Masukkan sos cili,sos tomato dan cili giling berserta gula.Tumis hingga pecah minyak
6. Masukkan nenas yang dipotong tadi bersama lada besar dan bawang besar.
7. Matikan api dan letakkan sedikit garam.Gaul.
8. Tuang kuah keatas ikan yang digoreng tadi dan taburkan daun ketumbar.