Enjoy

//tentang aku yang suka masak-masak !
The Owner

akak Zai



Diaries Owner Linkies

I'm a wife to my husband, a mother to my beloved children, a daughter to my parents and a servant to ALLAH S.W.T. I just LOVE to COOKING <3


Sembang-sembang



Thanks

Kerana sudi singgah ke blog akak.:)



LAMBAN/KELUPIS

Juadah hari raya Aidil Adha yang lalu

Bahan-bahan:
1.  8 gelas beras pulut - ikut sukatan gelas beras( bersihkan dan toskan)
2.  8 gelas santan pekat - ikut sukatan gelas beras tadi
3.  2 sudu makan gula
4.  2 sk garam

Cara-cara:
1.  Dalam periuk masak santan sehingga mendidih.Pastikan sentiasa digaul dan jangan sampai pecah minyak
2.  Masukkan gula dan garam.Matikan api.
3.  Masukkan beras pulut tadi dan gaul sebati.
4.  Hidupkan kembali api dan guna api kecil sahaja.
5.  Setelah nasi dan santan tadi telah kering,matikan api...dan biarkan seketika.Nasi hanya masak 50%,
6.  Masukkan pulut yang dimasak tadi kedalam sarung lamban.
7.  Kemaskan dan ikat dengan tali rafia.
8.  Setelah selesai rebus lamban tadi anggaran11/2 - 2 jam (sehingga masak)
9.  Proses membuat kelupis pula adalah dari bahan yang sama, cuma menggunakan daun yang kami panggil daun ngirik.Bungkus dan kelipkan dengan lidi supaya pulut tak terkeluar.Kukus dengan jangkamasa yang sama.
10. Sesuai dimakan bersama rendang,kari atau apa saja jenis cicahan yang kita suka.