Enjoy

//tentang aku yang suka masak-masak !
The Owner

akak Zai



Diaries Owner Linkies

I'm a wife to my husband, a mother to my beloved children, a daughter to my parents and a servant to ALLAH S.W.T. I just LOVE to COOKING <3


Sembang-sembang



Thanks

Kerana sudi singgah ke blog akak.:)



PULUT KUNING

Bahan-bahan:
8 gelas beras pulut
1 keping asam keping
1 sk serbuk kunyit @ 1 inci kunyit hidup
10 gelas santan pekat - boleh tambah lagi jika suka yg lembik
2 sudu besar gula

Cara-cara:
1. Cuci beras pulut dan gaul dendan serbuk kunyit tadi
    (kalau guna kunyit hidup tumbuk lumat dan ikat dengan kain kasa)
2. Masukkan air hingga tenggalam bersama asam keping.
3. Rendam semalaman atau paling kurang 8 jam
4. Setelah direndam basuh beras,buang asam dan toskan.
5. Didihkan air kukusan terlebih dahulu dan alas kukusan dengan kain bersih atau daun pandan
6. Kukus selama 30 minit
7. Dalam periuk, masukkan santan dan masak bersama garam dan gula
8. Pastikan santan sentiasa digaul supaya tidak berketul
9. Apabila mendidih matikan api
10. Masukkan beras pulut yang dikukus tadi kedalam periuk santan dan gaul hingga sebati dan berkilat.
11. Ambil pulut tadi dan bentuk mengikut kreativiti masing-masing atau dimakan begitu saja
12. Sedap dimakan bersama apa juga jenis rendang atau masakan yang kita sukai.