The Owner I'm a wife to my husband, a mother to my beloved children, a daughter to my parents and a servant to ALLAH S.W.T. I just LOVE to COOKING <3 Sembang-sembang Thanks
| RENDANG DAGING CILI Juadah hari raya aidil adha yang lalu.Sedap dimakan bersama lamban,kelupis,lemang ataupun ketupat. Bahan-bahan: 1 1/2 kilo daging - potong,cuci dan toskan. *4 biji bawang merah *4 ulas bawang putih *2 inci halia/lengkuas *4 batang serai *1 inci kunyit hidup 5 sudu makan cili giling 1/2 cawan kerisik 1 helai daun kunyit - hiris 2 helai daun limau purut 2 biji lada besar 2 cawan santan pekat 2 sudu makan gula - (bnyk ikut suka) 2 keping asam keping Garam Cara-cara: 1.Bahan yang bertanda * diblend sehingga hancur 2.Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan yang diblend tadi sehingga wangi 3.Masukkan cili giling dan tumis sehingga pecah minyak 4.Masukkan daging dan gaul hingga sebati. 5.Tambah air dan masak daging sehingga lembut,Masukkan gula.(gula juga berfungsi melembutkan daging) 6.Setelah daging agak lembut masukkan santan.Renihkan seketika. 7.Masukkan asam keping,hirisan daun kunyit,daun limau purut,lada besar yang dibelah 2 serta garam.Gaul. 8.Akhir sekali masukkan kerisik.Gaul sebati sehingga kuah pekat. 9.Matikan api dan hidangkan. |