Enjoy

//tentang aku yang suka masak-masak !
The Owner

akak Zai



Diaries Owner Linkies

I'm a wife to my husband, a mother to my beloved children, a daughter to my parents and a servant to ALLAH S.W.T. I just LOVE to COOKING <3


Sembang-sembang



Thanks

Kerana sudi singgah ke blog akak.:)



SOTONG GORENG SOS TIRAM

Bahan-bahan :

8 ekor sotong sederhana besar
***Toskan dan keringkan menggunakan tisu dapur.Taburkan secukup rasa garam dan 
serbuk kunyit.Gaul mesra.Goreng sotong dengan api sederhana hingga habis.Ketepikan.

Bahan sos:
2 ulas bawang putih - ketuk dan potong kecil-kecil
1 sudu makan cili giling
3 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap manis
1 sk gula
1/2 ketul kiub pati ayam
1/2 gelas air
1/2 biji lada benggala hijau*
1/2 biji lada benggala merah*
1 biji bawang besar*
(semua bahan yang bertanda * dipotong dadu)
Cara-cara:
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih
2. Masukkan cili giling,kemudian gula dan tumis sekejap
3. Masukkan sos tiram,kicap manis,pati ayam dan air.Rendidihkan
4. Masukkan semua bahan yang dipotong dadu.Bila kuah agak pekat matikan api.
5. Tuang sos keatas sotong goreng tadi.