Enjoy

//tentang aku yang suka masak-masak !
The Owner

akak Zai



Diaries Owner Linkies

I'm a wife to my husband, a mother to my beloved children, a daughter to my parents and a servant to ALLAH S.W.T. I just LOVE to COOKING <3


Sembang-sembang



Thanks

Kerana sudi singgah ke blog akak.:)



TENGGIRI 5 RASA

Bahan A:
4 potong ikan tenggiri
2 biji limau kesturi -ambil jusnya
sedikit garam
sedikit serbuk lada putih
sedikit serbuk kunyit

***Semua bahan di atas dilumurkan bersama potongan ikan tadi.Perap 15 minit..kemudian goreng sedikit garing dan ketepikan.

Bahan B:
1/2 biji lada benggala hijau
1/2 biji lada benggala merah
1 labu bawang besar
*** semua bahan di atas potong dadu dan goreng sekejap.Angkat dan ketepikan

Bahan C:
3 ulas bawang putih - ketuk dan hiris
1/2 inci halia - hiris memanjang
1 sudu makan cili giling
3 sudu makan sos cili
3 sudu makan sos tomato
2 sudu makan sos plum
1/2 ketul pati ayam
1 sk gula
minyak untuk menumis

***pijarkan minyak dan tumis bawang putih berserta halia.Masukkan cili giling,sos tomato,sos cili dan sos plum.Tambah sedikit air.Masukkan pati ayam.Biarkan mendidih.Kalau suka banyak air boleh tambah lagi.Setelah agak-agak pekat masukkan bahan B yang digoreng tadi.Matikan api dan perasakan dengan sedikit garam dan gaul rata.Tuang kuah kedalam pinggan dan susun potongan ikan tenggiri yang sudah digoreng tadi.