Enjoy

//tentang aku yang suka masak-masak !
The Owner

akak Zai



Diaries Owner Linkies

I'm a wife to my husband, a mother to my beloved children, a daughter to my parents and a servant to ALLAH S.W.T. I just LOVE to COOKING <3


Sembang-sembang



Thanks

Kerana sudi singgah ke blog akak.:)



LAKSAM


Bahan-bahan:
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
5 cawan air (3 cawan air mendidih + 2 cawan air biasa) guna gelas pun boleh tp pastikan gunakan gelas yg sama utk semua sukatan.
1/2 sudu kecil garam

***satukan semua bahan dan kacau dan rata.Kalau untuk orang yang pertama kali mencuba boleh menggunakan senduk besar (yg mana ideal untuk keselesaan sendiri) supaya  adunan yang dituang nanti sama rata.
Didihkan kukusan.Gunakan tudung periuk.Saapu sedikit minyak supaya adunan tak melekat.Tuang adunan keatas tudung periuk..seperti membuat lempeng.Agak2 jangan terlalu nipis atau tebal.Kukus anggaran 5-10 minit (sy 5 minit je) atau kalau adunan tu dah mengelembung..kira masak la tu.Boleh angkat dan keluarkan dari tudung periuk tadi dan gulung.Kalau susah sangat guna 2 tudung periuk supaya memudahkan proses mengukus.Ulang proses sehingga habis.
Bahan kuah
4 ekor ikan kembong - (yang besar) - rebus kemudian asingkan isi dan tulang kemudian blend + air sikit
10 ulas bawang merah - saya guna 4 biji je
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sk serbuk lada hitam
3 kepung asam keping
2 batang serai - ketuk
Garam dan gula secukup rasa
1 biji kelapa - jadikan 4 gelas atau lebih santan
  ***Satukan semua bahan di atas dan masak atas dapur sehingga mendidih.Perisakan dengan garam dan gula.Sesuaikan rasa dan kepekatan.Angkat.Tambah air jika terlalu pekat

 ULAM:
Kacang panjang,daun kesum,bunga kantan,timun ( boleh tambah ulam yg disukai)

SAMBAL:
Cili padi,air limau (cuka),garam,gula dan belacan (bakar dulu) - kisar hingga lumat.
Sumber:
Sumber: Azie Kitchen