Enjoy

//tentang aku yang suka masak-masak !
The Owner

akak Zai



Diaries Owner Linkies

I'm a wife to my husband, a mother to my beloved children, a daughter to my parents and a servant to ALLAH S.W.T. I just LOVE to COOKING <3


Sembang-sembang



Thanks

Kerana sudi singgah ke blog akak.:)



PUDING KOKTEL BERKUAH

Tergerak hari ini untuk membuat puding koktel berkuah.Pernah suatu hari dalam bulan ramadhan membeli puding ni dan dari saat itulah rasa dan kenikmatan puding itu tak dapat saya lupakan.Sejujurnya memang tak tahu resepinya.So saya cuba membuatnya berpandukan ingatan rasa itu..Alhamdulillah menjadi..

Bahan-bahan: ( untuk puding)

1 gelas tepung kastard
1 gelas gula
1 gelas susu segar
4 gelas air
1sk garam
~semua bahan di atas digaul bersama dan masak dalam kuali hingga pekat.Adunan ni agak lembik sedikit kerana saya memang hendakkan puding ni lembik dan lembut.Kalau tak suka boleh kurangkan airnya.Setelah masak tuang adunan kastad kedalam loyang yang disukai.Sejukkan.

Bahan-bahan: (untuk kuah)
1 gelas susu segar
1 gelas susu cair
4 gelas air
1/2 gelas gula
1/2 gelas susu pekat
1 sudu makan tepung jagung
 ~masukkan semua bahan di atas dalam kuali dan masak sehingga mendidih.Jika terlalu manis boleh tambah air atau sebaliknya.Setelah masak matikan api dab sejukkan sebentar.

Cara-cara penyediaan:
~puding kastad yang telah disejukkan tadi dipotong dadu.Ambil gelas masukkan potongan kastad tadi berselang seli dengan buah koktel.Tuang kuah keatasnya dan siap untuk dimakan.Memang sedap apalagi semasa musim panas ataupun sebagai pencuci mulut.