Enjoy

//tentang aku yang suka masak-masak !
The Owner

akak Zai



Diaries Owner Linkies

I'm a wife to my husband, a mother to my beloved children, a daughter to my parents and a servant to ALLAH S.W.T. I just LOVE to COOKING <3


Sembang-sembang



Thanks

Kerana sudi singgah ke blog akak.:)



BUALOY

Sungguh enak dimakan semada sejuk ataupun panas.Hidangan semasa minum petang tadi bersama suami
Tak pasti kenapa namanya BUALOY sebab saya ternampak resepi ni dari buku resepi yang dah lama.Mungkin berasal dar negara Thailand.

Bahan_bahan:
1/2 gelas tepung pulut
1/2 gelas tepung beras
Santan dari sebiji kelapa
Gula - agak-agak la ikut citarasa masing-masing
1 sk garam - agak-agak juga la ikut banyak santan kita
Labu kuning - 3x3 inci pn cukup la (mula2 tu saya buat agak banyak juga lebihannya sebab resepi asal tidak disertakan jumlahnya) kukus @rebus
Keladi - tapi sya gunakan keledek (rebus) sebiji pun cukupla untuk resepi ni
2 sudu makan sagu biji
4 helai daun pandan
Cara-cara memasak:
1. Campurkan tepung pulut dan tepung beras bersama dan bancuh dengan air panas yang menggelagak
2. Gaul hingga sebati dan kental
3. Adunan dibahagi 3
4. 1 bahagian dicampur dengan labu yang dilenyek
5. 1 bahagian dicampurkan dengan keladi/keledek
6. Selebihnya dibiarkan dengan adunan asal
7. Ambil secuit adunan dengan menggunakan hujung sudu dan rendamkan kedalam air.Buat sehingga semua adunan habis
8. Rebus semua bebola tadi sehingga timbul
9. Dalam periuk lain masak santan bersama daun pandan,biji sagi,gula dan garam.
10.Perasakan mengikut citarasa masing-masing.