Enjoy

//tentang aku yang suka masak-masak !
The Owner

akak Zai



Diaries Owner Linkies

I'm a wife to my husband, a mother to my beloved children, a daughter to my parents and a servant to ALLAH S.W.T. I just LOVE to COOKING <3


Sembang-sembang



Thanks

Kerana sudi singgah ke blog akak.:)



KEK PANDAN

Bahan-bahan
125gm butter
4 biji telur - asingkan kuning dan putihnya
125gm tepung naik sendiri
1/2 sk baking powder
80ml santan pekat - saya guna santan KARA
6-7 helai daun pandan + 100ml air (agak2 boleh diblend dan tapis)
100gm gula kastor
HIASAN;
Gula aising
Gula pasir
Pewarna merah dan kuning - gaul gula pasir dengan sedikit saja pewarna

Cara-cara;
1. Putar butter dan gula hingga kembang dan masukkan kuning telur satu persatu dan putar lagi.
2. Masukkan tepung yang sudah diayak bersama baking powder sedikit-sedikit dan kaup balikkan menggunakan spatula.
3. Pukul puth telur dengan whisk hungga kembang seperti cream dan tuang kedalam adunan.Gaul sebati.
4. Akhir sekali masukkan santan dan air pandan.Gaul hingga sebati dan mesra.
5. Lensarkan loyang dan tuang adunan.Bakar dalam oven dengan suhu 170 darjah C SELAMA 40 minit atau sehingga masak.
6. Setelah masak,sejukkan terlebih dahulu kemudian hias kek mengkut kreativiti masing-masing.
7. Tabur aising sugar di atas kek kemudian barulah tabur dengan gula pasir yang diwarnakan tadi.
8. Bau pandan memang membangkitkan selera.SELAMAT MENCUBA.