Enjoy

//tentang aku yang suka masak-masak !
The Owner

akak Zai



Diaries Owner Linkies

I'm a wife to my husband, a mother to my beloved children, a daughter to my parents and a servant to ALLAH S.W.T. I just LOVE to COOKING <3


Sembang-sembang



Thanks

Kerana sudi singgah ke blog akak.:)



NASI GORENG IKAN MASIN

1 mangkuk kecil nasi
1 potong ikan masin (ikan putih) - sy panggang di oven.Goreng pn bolek juga.Potong kecil-kecil.
1 sudu minyak zaiton
1 biji bawang putih dan bawang merah - hiris
Sedikit sayuran - jika suka
2 biji cili padi
Serbuk pati ayam - secukup rasa

~Pijarkan minyak dan tumis bawang2 hingga wangi
~Masukkan nasi dan gaul.
~Masukkan secukup rasa serbuk pati ayam dan gaul lagi
~Dah masak matikan api dan masukkan ikan masin yang dipotong tadi berserta cili padi.
~Gaul hingga mesra .Siap untuk disantap

CHOCOLATE FINGERS

Bahan-bahan:

Beberapa keping roti sandwich - saya gunakan butterscooth gardenia  sebab tu je yang ada.
Nestum
Susu UHT- (sy campurkan sedikit susu untuk mencairkan coklat..tak guna pun tak apa)
Coklat masakan
Sedikit susu pekat (saya campurkan sesudu kecil saja untuk seimbangkan rasa sebab dah tambah sedikit susu UHT)

Cara-cara:

~Potong kecil roti sandwich - bakar dalam oven sekejap hingga keperangan
~Boiler coklat + sedikit susu UHT + susu pekat - secukup rasa anda
~ Sejukkan terlebih dahulu coklat tadi.
~ Setelah sejuk masukkan potongan roti sandwich yang dipotong tadi dan celupkan kedalam coklat
~ Setelah itu golekkan keatas serbuk nestum
~ Hidang ketika masih rangup.

PUDING ROTI ALA TEMBIKAI

Bahan-bahan:

10 gm agar-agar tali - rendam 1 jam
4 keping roti gardenia
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat
2 sudu besar tepung kastard - bancuh dengan sedikit air
2 biji telur gred A
2 gelas air suam
2 gelas air
Pewarna hijau dan merah
Sedikit cincau - potong halus
1 sk esen vanila
cara-cara:
1.  Masukkan roti sandwich kedalam blender dan masukkan 2 gelas air suam tadi.Blend hingga sebati.Pecahkan telur dan masukkan kedalam bancuhan roti tadi dan blen sekejap
2.  Dalam kuali masukkan 2 gelas air bersama agar-agar yang direndam tadi.Masak sehingga agar-agar tadi
hancur kemudian masukkan roti yang telah diblender tadi, susu cair,susu pekat (boleh kurangkan klu rasa manis),bancuhan tepung kastard dan perasa vanila.
3.  Masak sehingga mendidih dan pekat
4.  Setelah itu bahagikan kepada 3 bahagian
5.  1 bahagian diwarnakan hijau,1 bahagian diwarnakan merah dan 1 bahagian lagi sedikit warna asal.
6.  Sediakan loyang kemudian tuang  bahagian yang berwarna hijau terlebih dahulu di tengah-tengah loyang tersebut.
7.  Selepas itu tuang pula bahagian warna asal agar-agar tadi keatas bancuhan warna hijau tadi.
8.  Akhir sekali tuang pula bancuhan warna merah keatas bancuhan warna plain tadi. Dengan sendirinya kesemua bancuhan tadi akan terbentuk.Buat hingga selesai.Letakkan potongan cincau keatas bancuhan warna merah. Sejukkan sekejap barulah masukkan kedalam peti sejuk.Biarkan 1 -2 jam
8.Hidangkan.So yummy..





AMERICAN BREAKFAST

Sekali-sekala sarapan orang putih..

Bahan-bahan:

2 batang sosej -goreng/panggang
2 keping roti sandwich - bakar
Daun salad
1 biji buah tomato
2 hiris timun
2 biji telur
2 keping potongan lada banggala
marjerin & jem blackcurrant - utk disapukan pada sandwich

~Masukkan potongan lada banggala dalam kuali yang dituang sedikit minyak.Kemudian pecahkan telur dan masukkan kedalam potongan lada banggala tadi.Goreng seperti mata sapi
~ Setelah siap semuanya hidang bahan-bahan tadi mengikut kreativiti.

BANANA CUPCAKE

Bahan A:

3 biji telur gred A
200gm minyak
200gm gula - saya kurangkan 180gm still manis.Kalau tak suka manis boleh kurangkan lagi
(blend semua bahan diatas)
150gm pisang bearangan (lebih kurang 2 biji)
(potong kecil dan masukkan kedalam blender dan blend lagi hingga hancur)

Bahan B:

150gm tepung gandum
1tsp soda bikarbonat
~ayak bahan B kemudian masukkan bahan A yang diblend tadi.Kacau hingga sebati.
~boleh disimpan didalam loyang atau dalam cupcake
~bakar selama 45 minit dengan suhu 180oC

Selamat mencuba.Sumber resepi Kak Aini.


LUKAN MASAK KARI

Bahan-bahan:
1 mangkuk isi lukan yang telah dikeluarkan dari kulitnya
2 sudu makan serbuk kari - bancuh dengan sedikit air
1 sudu makan cili kering yanh sudah digiling
1/2 sudu makan asam jawa
2 biji bawang merah
1  ulas bawang putih
1 inci halia
Sedikit kulit kayu manis,buah pelaga dan bunga lawang
Minyak untuk menumis

~Pijarkan minyak dalam kuali dan tumis bawang merah,bawang putih dan halia yang telah dihiris nipis.
~Setelah naik wangi masukkan serbuk kari dan cili giling.Tumis hingga pecah minyak.
~Masukkan kulit kayu manis,pelaga dan bunga lawang.
~Masukkan isi lukan tadi dan gaul mesra.Masukkan asam jawa tanpa biji.
~Perasakan dengan sedikit gula,serbuk pati ayam maggi dan garam.
~Boleh tambah air jika suka banyak kuah
~Matikan api dan agkat.Jangan masak terlalu lama nanti lukan terasa liat
~Tabur dengan daun sup

KARI IKAN MERAH

Bahan-bahan:

6 potong ikan merah yang sudah siap dipotong-potong
2 sudu makan serbuk kari  baba's
1 sudu makan serbuk kari 888
1 sudu makan cili kering yang sudah digiling
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 keping asam keping
1 sudu teh gula
Garam dan serbuk pati ayam - secukup rasa
Sedikit daun kari
Sedikit rempah 4 sekawan (klu suka)
2 biji terung
2 biji cili merah
1 biji bawang besar
3 gelas santan


Cara-cara memasak:
1.  Pijarkan minyak dalam kuali dan tumis bawang merah,bawang putih dan halia hingga wangi
2.  Masukkan kedua-dua serbuk kari yang telah dibancuh bersama dengan sedikit air
3.  Masukkan cili giling juga
4.  Tumis sehingga pecah minyak barulah masukkan ikan dan terung
5.  Masukkan santan selepas itu masukkan juga asam keping,gula dan serbuk pati ayam
6.  Biarkan mendidih,masukkan pula cili merah,daun kari dan garam.Perasakan
7. Agak-agak dah masak matikan api dan tabur bawang besar.